MOTAC kemaskini Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482

Spread the love

PUTRAJAYA, 7 Disember 2023 – Tindakan wajar akan diambil mengenai insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah.

Perkara tersebut ditegaskan sekali lagi oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan semalam.

“Sebagai langkah pencegahan insiden penipuan pakej umrah, MOTAC akan memberi perhatian dalam bekerjasama dengan persatuan-persatuan umrah yang diikitiraf iaitu BUMITRA, MATTA dan PAPUH untuk melaksanakan penggredan kepada syarikat-syarikat umrah yang dilesenkan mulai tahun 2024.

Tujuan penggredan tersebut adalah bagi memastikan syarikat-syarikat yang berlesen untuk memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Antaranya syarat berkenaan ialah mempunyai status kewangan baik, telah menempah tiket penerbangan dan bilik penginapan terlebih dahulu sebelum mengiklankan promosi, mengadakan perjanjian bertulis dengan setiap jemaah dan lain-lain lagi yang akan diumumkan sebaik sahaja mekanisme pelaksanaan dimuktamadkan dalam masa terdekat.” kata MOTAC.

Tanggungjawab utama MOTAC adalah sentiasa melaksanakan fungsi-fungsi pelesenan dan penguatkuasaan kepada industri pelancongan secara cekap dan berkesan mengikut kehendak Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Antara lain adalah mengemaskini Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482 yang bertujuan memaklumkan kepada masyarakat tentang syarikat pelancongan yang telah digantung/dibatalkan lesen oleh MOTAC dan syarikat/ individu yang menjual pakej pelancongan tidak berlesen.

“Senarai ini juga akan menjawab persoalan daripada beberapa persatuan Umrah untuk mendedahkan agensi umrah yang bermasalah dan tidak berlesen. Senarai nama syarikat yang dimaksudkan boleh didapati dengan melayari di https://www.motac.gov.my/semakan/senarai-entitisyarikat-tidak-berlesen.

MOTAC amat berharap rakyat Malaysia Madani lebih berhati-hati semasa membuat pembelian pakej pelancongan dan umrah bagi mengelakkan penipuan sebarang bentuk penipuan yang mungkin terjadi. Sikap waspada yang tinggi sangat penting dalam memastikan pengalaman pelancongan dan umrah yang selamat dan memuaskan.” kata MOTAC.

Bagi mana-mana entiti, syarikat, atau individu yang didapati melanggar peruntukan perundangan di bawah bidang kuasa MOTAC, tindakan tegas akan diambil bagi menjamin keadilan dan kepentingan rakyat serta melindungi reputasi industri pelancongan negara.

Tambah MOTAC, Menterinya Dato Sri Tiong King Sing bersama pasukan MOTAC jelas memberikan komitmen penuh untuk melindungi kebajikan rakyat serta memastikan pengalaman pelancongan yang selamat dan memuaskan bagi semua.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation