• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kerajaan setuju teruskan PKKP bagi tahun hadapan

Spread the love

PUTRAJAYA, 14 Disember 2023 – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Seri Dr. Zulkapli Mohamed mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Dr. Zulkapli memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023.

“Sebelum ini, Kerajaan telahpun memutuskan supaya bayaran PKKP dilaksanakan bagi tempoh Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan susulan Mahkamah Persekutuan
memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.” katanya.

Tambah beliau, keputusan Kerajaan tersebut merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation