PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan/badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran selain mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut.
Menurut JAKOA, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024.
“Bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal daripada aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua (2) tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta.
Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan dijangka dapat diselesaikan serta penyerahan projek pada November 2025.” kata JAKOA.
Isu penempatan mangsa tanah runtuh di Sg. Ruil, Cameron Highlands dibangkitkan oleh Senator Dewan Negara, Dato’ Ajis Sittin melalui Free Malaysia Today (FMT) semalam dengan dakwaan bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan JAKOA tidak mengambil tindakan drastik untuk menangani masalah terbabit.
“Dakwaan ini bersifat berat sebelah tanpa merujuk JAKOA mengenai status terkini isu berkenaan.
JAKOA sentiasa komited dan akan terus membantu keluarga Orang Asli yang terjejas dalam memastikan kebajikan mereka terjaga supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa tinggal di penempatan sementara.” kata JAKOA.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment