KOTA KINABALU, 21 DISEMBER 2023 – Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 yang akan berkuat kuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2023.
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan.
Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangan adalah
seperti berikut:
(i) Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import;
(ii) Tomato;
(iii) Lada Benggala Hijau;
(iv) Kubis Bulat Import (China dan Indonesia);
(v) Lobak Merah;
(vi) Cili Merah;
(vii) Ubi Kentang Import (China);
(viii) Bawang Merah Besar Import;
(ix) Bawang Kuning Besar;
(x) Ayam Tua Hidup (dikawal di Sarawak);
(xi) Kepak Ayam ; (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)
(xii) Babi Hidup (dikawal peringkat ladang, di Sabah, Sarawak dan WP Labuan);
(xiii) Daging Babi (perut) dan (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)
(xiv) Daging Babi (daging dan lemak) (dikawal di Sabah, Sarawak dan WP Labuan)
“SHMMP Krismas 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi. Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.
Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.” kata Armizan.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim itu melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut :
Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment