• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Jumlah PPS bertambah, 3 kematian direkodkan setakat ini – NADMA

Spread the love

Sehingga 26 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 18 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor) yang dilanda banjir dengan peningkatan ketara jumlah mangsa kepada 25,351 dalam tempoh 24 jam (berbanding 5,018 mangsa pada 25 Disember 2023).

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan 7,372 keluarga yang ditempatkan di 241 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Jumlah PPS yang dibuka juga bertambah berbanding 77 buah pada 25 Disember 2023.

Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (7,834 mangsa), diikuti Kuala Krai, Kelantan (3,334 mangsa) dan Hulu Terengganu, Terengganu (3,133 mangsa).” kata NADMA.

Dalam pada itu, terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (26 Disember 2023) direkodkan setakat ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation