Lakukan pelbagai kesalahan perikanan, bot tunda kelas C ditahan

Spread the love

LUMUT, 26 DISEMBER 2023 – Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan warga asing termasuk tekong dan kru di kedudukan sekitar 10.5 batu nautika barat daya Sungai Burung, Perak kira-kira pada jam 4.38 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM NYALAU ketika melakukan rondaan rutin menerusi OP SAYONG / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak.

Bot yang mencurigakan itu kemudian dirapati untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru kesemunay warga Myanmar berumur dalam lingkungan 29 hingga 53 tahun.

Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan sebarang kelulusan penggunaan peralatan komunikasi, kesalahan menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaan peranti elektronik di atas bot, Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

.

All reactions:

88

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation