Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 02.00 petang, 26 Disember 2023 telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning),seperti yang dipaparkan di bawah.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.
Semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat hendaklah memanjangkan Notis ini ke peringkat Negeri dan Daerah.
Butiran PPS pada jam 12:00 PM, 26 Disember 2023 adalah seperti berikut :
Be the first to leave a comment