Mangsa banjir meningkat ke 25,849 setakat jam 12 tengah hari 27 Disember 2023

Spread the love

Menurut laporan harian bencana yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 27 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 19 daerah di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor
dan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 25,849 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,351 mangsa pada 26 Disember 2023).

Kata laporan tersebut, ia melibatkan 7,983 keluarga yang ditempatkan di 185 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 241 buah pada 26 Disember 2023.

“Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (13,844 mangsa), diikuti Hulu Terengganu, Terengganu (2,846 mangsa) dan Dungun, Terengganu (2,829 mangsa).”katanya.

Terdapat 3 kematian akibat banjir MTL yang melibatkan 1 kanak-kanak lelaki di Kota Bharu, Kelantan (26 November 2023), 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (24 Disember 2023) dan 1 kanak-kanak perempuan di Pasir Mas, Kelantan (26 Disember 2023) direkodkan setakat ini.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur dan selatan Semenanjung sehingga 28 Disember 2023. Katanya, fenomena itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation