• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Banjir : Jumlah mangsa meningkat ke 26,827 setakat 12 tengah hari 28 Disember

Spread the love

Sehingga 28 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 16 daerah di 5 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah) yang dilanda banjir dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 26,827 dalam tempoh 24 jam (berbanding 25,849 mangsa pada 27 Disember 2023).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),iIa melibatkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 185 buah pada 27 Disember 2023.

Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (18,293 mangsa), diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa).” kata laporan itu.

Dalam pada itu, terdapat 14 fasiliti PDRM di Kelantan terjejas banjir, iaitu satu (1) Balai Polis Pasir Mas dan 13 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas, Kelantan. Manakala di Terengganu terdapat tiga (3) fasiliti PDRM terjejas banjir, iaitu satu (1) Balai Polis Kuala Jengai, satu (1) Pondok Polis Pasir Raja di Dungun dan satu 1 Pondok Polis Felda Tenang di Besut.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna. Terdapat 26 kawasan di Kelantan dan 6 kawasan di Terengganu yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation