Terdapat pengurangan jumlah mangsa banjir – NADMA

Spread the love

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 29 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat 17 daerah di 4 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir.

Bagaimanapun, terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 22,033 dalam tempoh 24 jam (berbanding 26,827 mangsa pada 28 Disember 2023).

“Ia melibatkan 7,132 keluarga yang ditempatkan di 92 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 130 buah pada 28 Disember 2023.

Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah Pasir Mas, Kelantan (15,249 mangsa), diikuti Tumpat, Kelantan (3,226 mangsa) dan Dungun, Terengganu (1,795 mangsa).” kata laporan tersebut.

Dalam pada itu, tiada amaran hujan berterusan terkini yang masih berkuat kuasa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sehingga 29 Disember 2023, 12.00 tengah hari.

“Namun terdapat Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang masih berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2023.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada 30 Disember 2023 hingga 4 Januari 2024. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.” kata laporan itu.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation