• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Jumlah mangsa banjir semakin berkurangan

Spread the love

30 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehingga 30 Disember 2023, jam 12.00 tengah hari, terdapat sepuluh (10) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) yang masih dilanda banjir.

Bagaimanapun terdapat pengurangan jumlah mangsa kepada 14,388 dalam tempoh 24 jam (berbanding 22,033
mangsa pada 29 Disember 2023). Kata laporan tersebut, ia melibatkan 4,713 keluarga yang ditempatkan di 55 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 92 buah pada 29 Disember 2023.

“Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (9,449 mangsa), diikuti Tumpat (3,239 mangsa) dan Jeli (751, mangsa).” katanya.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung dan barat Sarawak pada 30 Disember 2023 hingga 4 Januari 2024.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation