PADU semakin hangat

Spread the love

Sumber Halaman X Kementerian Ekonomi

Pangkalan Data Utama (PADU) semakin hangat diperkatakan rakyat Malaysia. Menjelang majlis peluncurannya pada 2 Januari 2024 ini, kerajaan mempergiat usaha menguar-nguarkan PADU di setiap medium komunikasi yang ada.

Semalam telah berlangsung sesi taklimat khas kepada ketua pengarang media dan sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Dua sesi ini diadakan khusus bagi berkongsi perincian maklumat mengenai sistem PADU.

Pembentangan PADU telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM).

Sesi soal jawab juga dibuka kepada media yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sistem PADU yang bakal 𝙂𝙤-𝙇𝙞𝙫𝙚 secara rasminya selepas majlis peluncuran kelak.

PADU akan menjadi platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia.

Sistem ini juga akan menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan yang lebih bersasar dan berpacukan data.

Pembangunan dan pelaksanaan sistem ini sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation