• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Timbalan KPN hadir ke Majlis Peluncuran PADU

Spread the love

Sumber : Facebook Rasmi PDRM

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memenuhi undangan menghadiri Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sambil disaksikan oleh Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli dan Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo.

Sistem PADU merupakan pangkalan data yang menjadi inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perancangan dan pengagihan sumber supaya dapat disalurkan secara bersasar serta bermanfaat kepada isi rumah rakyat Malaysia dalam kategori berkelayakan. Sistem ini juga dibangunkan bagi mewujudkan mekanisme penjimatan sumber dan meningkatkan projek sosioekonomi yang mampu memberi impak maksimum kepada rakyat.

Terdahulu dalam majlis sama, turut berlangsung sesi pembentangan mengenai “PADU Meneraju Akses Digital Untuk Kesejahteraan Rakyat” yang disampaikan oleh Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Acara diteruskan dengan sesi forum bertajuk “Memacu Peralihan Melalui PADU” yang dikendalikan oleh Rakan Perjanjian, Ekonomi dan Dasar, PwC Malaysia, Puan Marina Che Mokhtar selaku moderator bersama tiga orang panel lain iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Dr. Fazidah Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab FASc dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Norma Mansor.

Hadir sama, barisan Menteri dan Timbalan Menteri, barisan Menteri Besar dan Ketua Menteri serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation