Timbalan KPN bersama MDN sertai pendaftaran
Sumber Facebook Rasmi PDRM
PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke sesi pendaftaran MyDigital ID yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam.
MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang boleh dimanfaatkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta untuk mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara talian.
Program kerjasama MIMOS Berhad itu juga bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi memperkasakan transformasi digital ke arah pendigital perkhidmatan.
Hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN dan wakil-wakil agensi bawah KDN.
Be the first to leave a comment