• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Jentera PEDI, MPP dan Ahli Parlimen akan digerakkan bantu pendaftaran PADU

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2024 – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa jentera Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) akan digerakkan bagi membantu masyarakat membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut laporan Bernama, Fahmi turut berkata bahawa Ahli Parlimen juga boleh menggerakkan jentera mereka dalam menggalakkan lagi proses pendaftaran PADU bagi mencapai sasaran 29 juta warganegara Malaysia mendaftar PADU menjelang 31 Mac depan.

“Kita ada mekanisme contohnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kita ada MPP dan tempat lain juga ada struktur sama. Jadi selain PEDi, jentera-jentera ini boleh dikerahkan untuk bantu komuniti,” katanya selepas meninjau Program Jualan Termurah, Berkhidmat Untuk Rakyat di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kenyataan seorang aktivis politik yang berharap bahawa PADU tidak dijadikan bahan kempen ketika Pilihan Raya Umum ke- 16 kelak, Fahmi berkata PADU tidak akan disalah guna.

“Kalau sebelum ini ada pihak salah guna (program kerajaan), namun kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama. Cara kita berkempen berbeza Insya-Allah tidak akan menyalahgunakan (PADU).

Fungsi PADU memberi peluang kepada rakyat memasukkan data peribadi mereka secara ’hampir waktu nyata’ dengan manfaat utamanya adalah bagi yang memerlukan bantuan, sokongan termasuk pemberian subsidi, itulah fungsi utamanya,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation