• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PADU : Dakwaan Dr. Cher tidak tepat – Rafizi

Spread the love

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada hari ini menjelaskan bahawa dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, Dr. Cher Han Lau yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah tidak benar.

Kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini, setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dr. Cher hanya dijemput oleh Pasukan Analitik PADU dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning.

“Saya mengambil maklum siaran sosial media oleh stesen radio BFM89.9 mengenai Dr. Cher Han Lau, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, yang mendakwa bahawa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan PADU.

Setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan oleh Dr. Cher adalah tidak benar.

Pasukan Analitik PADU telah menjemput Dr. Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning.” jelas Rafizi.

Tegas Rafizi, proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan Dr. Cher ataupun sesiapa daripada syarikat terbabit.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga.” ujar Rafizi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation