• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Pengarah JPJKK Adakan Lawatan Kerja Ke IPK Selangor

Spread the love

SHAH ALAM 12 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau dimulakan dengan sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan yang berlangsung di Bilik Tetamu, pejabat KP Selangor.

Ia merupakan lawatan kali pertama beliau menjawat jawatan itu pada 29 Disember 2023 dan bertujuan membincangkan aspek keselamatan serta pencegahan jenayah komuniti di kontinjen berkenaan.

Dalam lawatan tadi, beliau turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dan menyampaikan amanat kepada warga kerja JPJKK agar memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat dalam mencegah jenayah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Dasar/Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran dan Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC Mohd Padzli Mohd Zain.

Sumber: Polis Selangor

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation