• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Timbalan KPN Santuni, Sampaikan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan

Spread the love

Melaka, 18 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan, semalam.

Dalam program berkenaan, Timbalan KPN bersama Voucher MyKasih Foundation menyampaikan sumbangan kepada 18 waris anak-anak yatim di dua kontinjen berkenaan.

Terdahulu ketibaan Timbalan KPN dan isteri di Kontinjen Melaka telah disambut Timbalan Ketua Polis (KP) negeri, SAC Md Nazri Zawawi bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Melaka, Puan Shahida Salleh manakala di Kontinjen Negeri Sembilan ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan KP negeri, SAC Abd Khalid Othman bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP kontinjen, Puan Norizan Othman.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Abdul Halid Hj. Ludin, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation