• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

JAPEN Sarawak bantu buka kaunter pendaftaran PADU di 33 daerah

Spread the love

KUCHING, 26 Januari 2024 : Orang ramai kini boleh mengunjungi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak yang berdekatan sekiranya ingin mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Dalam usaha memastikan rakyat Sarawak turut mengemaskini maklumat dalam sistem PADU, JAPEN Sarawak telah mengambil inisiatif dengan membuka kaunter pendaftaran PADU di 33 Pusat Maklumat Rakyat (PMR) JAPEN Daerah seluruh Sarawak.

Bagi memastikan pendaftaran tersebut berjalan lancar, Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Sarawak telah memberi taklimat berkenaan sistem PADU kepada semua penyelaras PMR JAPEN Sarawak, hari ini.

Seramai 204 anggota JAPEN di seluruh Sarawak hari ini telah mengikuti taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah DOSM Sarawak, Anisa Mohammad Azahari bagi memastikan Penyelaras PMR dibekalkan dengan maklumat lengkap berkaitan sistem PADU dan bersedia membantu masyarakat mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam sistem PADU di PMR daerah.

Tujuan pembukaan kaunter PADU di PMR seluruh daerah di Sarawak adalah untuk membantu masyarakat berdekatan terutama kawasan luar bandar mengisi data PADU selain di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang telah disenaraikan.

Sebagai rekod, terdapat 133 PEDi di seluruh Sarawak menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pengemaskinian sistem PADU.

Dalam pada itu juga, JAPEN Sarawak turut membuka kaunter pendaftaran PADU di Aras Bawah Pejabat JAPEN Sarawak bermula hari ini bagi memudahkan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat kakitangan jabatan serta komuniti setempat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation