Tiada pemberian RM500 tunai di BSN kepada Warga Emas
Oleh : JomCheck
Tular di aplikasi WhatsApp kononnya seorang warga emas mewakili keluarga boleh menuntut RM500 secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa kad pengenalan.
Mesej seperti ini telah menimbulkan tanda tanya ramai pihak terutama sekali warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas seperti yang dinyatakan dalam dakwaan.
Hasil semakan rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia mendapati:
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi warga emas yang tidak mempunyai pasangan adalah RM150 dan bukannya RM500 manakala tidak semua warga emas layak menuntut wang secara tunai di BSN.
Sumber: http://mycheck.my/more.php?id=2266979
Penjelasan yang perlu diberi perhatian adalah:
a. Merujuk hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan menerangkan bahawa bantuan STR yang bernilai RM500 hanya untuk isi rumah yang berpendapatan RM2500 ke bawah
b. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam hantaran di Facebook rasmi mereka menjelaskan bahawa pembayaran STR secara tunai di kaunter BSN hanya terpakai kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
Jangan keliru dah okay tentang isu ini! Lepas ini terus JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 untuk menyemak segala maklumat yang diragui okay!
Be the first to leave a comment