• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Tiada Data Sokong ‘Kemujaraban’ Ivermectin Melawan Covid-19 – JomCheck

Spread the love

Oleh : JomCheck

JOMCHECK terpanggil untuk membuat semakan berhubung mesej berkenaan penggunaan ubat Ivermectin yang biasanya digunakan sebagai ubat haiwan bagi tujuan merawat Covid-19.

Mesej yang tular menyertakan pautan artikel oleh portal Free Malaysia Today (FMT) berkaitan Ivermectin, dengan menyertakan senarai ‘kemujaraban’ berserta ‘testimoni’ keberkesanan ubat itu.

Rakan JOMCHECK iaitu Faqcheck dan Medical Mythbusters Malaysia pernah mengulas berkenaan isu ini.

STATUS: TIDAK BENAR

PENJELASAN: Tidak ada bukti bahawa Ivermectin berkesan merawat Covid-19 walaupun sudah banyak kajian dibuat mengenainya.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia: https://www.facebook.com/1040952502661914/posts/5119152518175205/?mibextid=RqrPsF

Rumusan penting dari sumber berkenaan adalah:

a. Tiada sebarang bukti yang menyokong kenyataan kebaikan Ivermectin oleh ‘pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)’ yang disertakan di dalam hantaran berkenaan.

b. Penggunaan Ivermectin secara “off-label” bermaksud KKM mengizinkan penggunaan ubat itu di luar fungsi asal ubat itu. Ia perlu dilakukan atas kebenaran doktor dan pesakit juga perlu bersetuju terhadap penggunaan Ivermectin ke atas dirinya.

c. Ujikaji membandingkan penggunaan Ivermectin berbanding ubat plasebo membuktikan tiada perbezaan kesan kepada pesakit.

d. Dakwaan bahawa Ivermectin boleh melawan semua jenis varian Covid-19 adalah tidak berasas kerana tiada sebarang kajian yang menguji keberkesanan Ivermectin terhadap pelbagai varian Covid-19 sehingga hari ini.

e. Kenyataan bahawa 32 negara telah menggunakan Ivermectin untuk melawan Covid-19 juga gagal dibuktikan.

Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation