• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PM tekankan elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam

Spread the love

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada semalam.

Ia turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu siaran media hari ini, mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbang inisiatif–inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan salah satu fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Cadangan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan. Keputusan ini dijangka akan diumumkan pada pembentangan belanjawan 2025 pada tahun ini.

Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan juga masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan sedia ada meliputi segala aspek perkhidmatan melalui portal semakan saraan yang telah dilancarkan semenjak 7 Ogos 2023 yang lalu di pautan semakansaraan.jpa.gov.my sebelum 1 Mac 2024.” kata JPA.

Perdana Menteri turut memberi penekanan kepada elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam (civil service reform) seperti pendigitalan sistem perkhidmatan, kerjasama strategik yang holistik serta pendekatan Whole-of-Nation bagi memacu peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme perkhidmatan awam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation