Kerajaan tetap pandang serius akan prestasi nilai ringgit

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2024 – Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa Kerajaan tetap memandang serius akan prestasi nilai ringgit.

Katanya, pergerakan ringgit dipengaruhi pelbagai faktor dan kejatuhan nilai ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China. Katanya, faktor itu turut memberi kesan kepada mata wang serantau lain.

Menurut beliau lagi, setakat 28 Februari 2024, nilai ringgit telah menyusut -3.5% berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau seperti yen Jepun (-6.3%), baht Thailand (-4.7%) dan won Korea (-3.3%).

“Sejak Mac 2022, bank pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah dengan mendadak dan agresif. Kadar dasar utama Amerika Syarikat yang mulanya berada dalam julat 0-0.25% pada Mac 2022 telah pun dinaikkan sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25-5.50% dalam tempoh 16 bulan.

Pada masa yang sama, kadar dasar utama negara serantau seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Korea dan India turut menyaksikan peningkatan sebanyak 200 ke 450 mata asas.” kata beliau ketika sesi Waktu Soalan Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.

Ujarnya lagi, peningkatan OPR Malaysia pula hanyalah sebanyak 125 mata asas dari 1.75% ke 3.00% bagi tempoh yang sama.

“Peningkatan OPR yang lebih rendah berbanding negara-negara lain boleh dikatakan sebab utama nilai ringgit menurun berbanding negara-negara tersebut. Perbezaan ketara dalam kadar faedah dengan AS iaitu sebanyak 250 mata ini contohnya mendorong pelabur asing untuk mengalihkan modal keluar dari pasaran domestik ke pasaran yang memberikan pulangan lebih tinggi.

Kadar faedah OPR ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari, BNM bagi mencapai mandat domestik, iaitu kestabilan harga dan pertumbuhan yang mampan, dan bukan untuk sebarang matlamat mengubah keadaan kadar pertukaran ringgit. Sekiranya OPR dinaikkan untuk mengukuhkan ringgit, ekonomi negara akan terkesan serta pelbagai pihak terbeban dengan peminjam perlu membayar kadar faedah lebih tinggi.” ujar Amir Hamzah.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation