Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Filipina
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4:19 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian | : 4:19 pagi, 7 Mac 2024 |
Koordinat | : 7.8° Utara 127.1° Timur |
Lokasi | : Rantau Kepulauan Filipina |
Magnitud | : 5.2 |
Jarak | : 95km Tenggara dari Bislig, Filipina |
Kedalaman | : 45 km |
MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment