Malaysia Kekal Prinsip Tiada Hubungan Dengan Israel, Tepis Sindiran Danon

Spread the love

Oleh : JomCheck

Pada 22 Februari 2024, akaun X Kopitiam Malaya telah mempersoalkan potensi terwujudnya hubungan perjalanan bebas visa Malaysia-Israel berasaskan ciapan X ahli parlimen Israel, Danny Danon yang mencadangkan inisiatif itu selepas perlaksanaannya dengan negara Amerika Syarikat.

Danon turut berkongsi gambar delegasi dari Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mendakwa bahawa wakil negara sedang mendengar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melalui akaun X miliknya.

Hasil semakan oleh MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia yang merupakan rakan JOMCHECK mendapati bahawa ciapan itu memberi konteks salah terhadap perkara sebenar yang berlaku.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Hantaran yang dilakukan oleh ahli parlimen Israel, Danny Danon hanyalah spekulasi liar bersifat sindiran semata-mata.

Sumber:

MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/697083

MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273740

Isu penting hasil semakan pada sumber di atas adalah:

a. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail melalui hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa gambar yang digunakan dalam ciapan Danon adalah ketika delegasi dari Malaysia sedang mendengar ucapan daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
b. Saifuddin dengan tegas telah menafikan bakal wujudnya sebarang hubungan antara Malaysia dan Israel.
c. Kehadiran delegasi Israel dan Malaysia di waktu yang sama adalah kerana Anwar telah dijadualkan berucap selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
d. Anwar di dalam ucapannya telah mempertahankan Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap Palestin.

Lepas ini kalau anda rasa ragu-ragu dengan maklumat yang dijumpai, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation