• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Dakwaan Warga China Perolehi Mykad Adalah Isu Tahun 2019, Sudah Diambil Tindakan

Spread the love

Oleh : JomCheck

Heboh di aplikasi X pada Januari, satu ciapan yang mendakwa bahawa seorang warga China telah memperolehi kad pengenalan Malaysia (MyKad) secara mudah.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila dilihat sebanyak 250,000 kali ketika laporan ini ditulis.

Rata-rata pengguna yang berinteraksi dengan hantaran tersebut tidak berpuas hati dengan isu ini kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Rakan JOMCHECK iaitu MyCheck Malaysia telah membuat semakan berkenaan isu ini dan mendapati bahawa kejadian ini berlaku pada tahun 2019.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Individu berkenaan memperolehi MyKad secara haram dan telah diusir pulang ke negara asal. Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlibat dengan sindiket ini pula telah didakwa di mahkamah telah pun didakwa di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sumber: http://www.mycheck.my/more.php?id=2276255

Penjelasan terperinci berkenaan dakwaan ini adalah:

a. Warga China terlibat mengaku membayar RM 400,000 untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri Malaysia.
b. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Jun 2023 menyatakan kerajaan telah mengambil tindakan pada 2019 dan pegawai JPN terlibat sedang dibicarakan di mahkamah.
c. Saifuddin turut menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ketika kes ini berlaku) tiada kaitan dengan sindiket ini.
d. JPN menerusi kenyataan media pada Jun 2023 menegaskan bahawa kakitangan yang terlibat dengan sebarang kegiatan salah guna tidak akan dilindungi.

Terus semak fakta maklumat anda dengan kami melalui WhatsApp di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659 kalau jumpa maklumat yang diragui, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation