SELANGOR, 13 Mac 2024 – Menjangka penyambutan Hari Raya, MYDIN, rangkaian pemborong dan peniaga runcit Halal terbesar di Malaysia, mengumumkan berkolaborasi dengan SPayLater sebagai rakan kongsi rasmi Beli-Dulu-Bayar-Kemudian (BNPL) mereka sepanjang Kempen Hari Raya.
Dengan pelancaran kempen “Happening Raya” bermula dari 7 Mac 2024, MYDIN menjalinkan kerjasama dengan SPayLater bagi menawarkan pelanggannya pilihan kaedah pembayaran yang fleksibel serta diskaun untuk persiapan Ramadhan dan Hari Raya mereka.
Sebagai inisiatif bersama untuk meningkatkan penggunaan e-wallet dan pembayaran digital di kedai fizikal MYDIN seluruh negara, SPayLater menawarkan pelbagai kaedah pembayaran bagi pelanggan-pelanggan MYDIN. Pilihan kaedah pembayaran ini membawa fleksibiliti kepada pengguna dan memberi mereka pilihan untuk menguruskan aliran tunai individu semasa membeli barangan keperluan dan untuk persediaan Hari Raya.
Kaedah ini termasuk pilihan pembayaran baharu SPayLater “Bayar Bulan Depan, 0 Kos”, di mana pengguna boleh memilih untuk menyelesaikan pembayaran mereka pada bulan berikutnya tanpa kos atau caj tambahan. Pilihan ansuran juga terdapat untuk pelanggan dengan pilihan tempoh pembayaran 3, 6, atau 12 bulan dengan yuran pemprosesan sebanyak 1.5%.
Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli-belah di kedai fizikal MYDIN juga layak untuk mendapatkan diskaun RM5 apabila membuat pembelian minimum RM50 menggunakan SPayLater.*
“Musim perayaan merupakan waktu puncak pelanggan membeli- belah dan mencatatkan perbelanjaan tertinggi. Rebat kepada pelanggan adalah salah satu inisiatif untuk membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan pada Aidilfitri ini, selaras dengan kempen MYDIN ‘Happening Raya’ kami. Dengan bekerjasama dengan SPayLater, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada persiapan Aidilfitri pelanggan dan pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak penggunaan e-wallet. Kami berharap usaha ini dapat harap akan memenuhi keperluan pelanggan semasa tempoh perbelanjaan puncak, serta meningkatkan kesetiaan pelanggan,” kata Datuk Wira (Dr) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan MYDIN.”
Untuk menyertai kempen dan menikmati ganjaran-ganjaran ini, pelanggan dengan akaun SPayLater yang aktif hanya perlu menyelesaikan pembelian mereka di kedai fizikal MYDIN menggunakan kaedah pembayaran SPayLater. Pelanggan boleh mengaktifkan SPayLater melalui aplikasi Shopee di bahagian “Saya”. Setelah diaktifkan, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR peniaga dan memilih kaedah pembayaran SPayLater semasa pembayaran.
MYDIN dan SPayLater inginkan pengguna menikmati musim perayaan ini dengan sepenuhnya dan menggalakkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak serta mengamalkan tabiat perbelanjaan yang bertanggungjawab, termasuk perancangan pembelian, penjejakan perbelanjaan, dan pemantauan pembayaran yang akan datang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment