• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif CSR Sesama Mara

Spread the love

KUALA LUMPUR 25 Mac 2024 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyemarakkan suasana di bulan Ramadan dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Antara aktiviti tersebut adalah dengan meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan.

Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada keluarga B40 di Flat Seri Kenari, Kajang. Sejak mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020, sebanyak 5,175 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Box of Hope secara fizikal di lima (5) lokasi Box of Hope Village Grocer iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTOWN Shopping Centre Cheras, 1 Mont Kiara, Central i-City Shah Alam dan Melawati Mall Ampang. Selain itu, Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara digital melalui laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope/.

Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi yang bertujuan untuk membantu komuniti sekeliling di samping memperkukuhkan hubungan Air Selangor bersama pelbagai lapisan masyarakat seperti komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation