Old Town White Coffee tiada kaitan dengan Nga Kor Ming

Spread the love

Oleh : JomCheck

Timbul dakwaan melalui Facebook oleh pemilik akaun ‘Pakcik Andi’ kononnya Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming adalah pemilik rangkaian restoran Old Town White Coffee.

Hantaran yang dikongsi lebih 13,000 kali itu mendakwa Nga sering menghina Islam dan menyeru warganet memboikot restoran berkenaan.

Hasil semakan oleh rakan JOMCHECK, MalaysiaKini mendapati bahawa dakwaan ini adalah tidak berasas.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Old Town White Coffee dimiliki oleh syarikat minuman Belanda iaitu Jacobs Douwe Egberts sejak 2018.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/699857

Poin penting bagi menyokong status di atas adalah:

a. Old Town tidak dimiliki entiti Malaysia selepas diambil alih syarikat minuman Belanda Jacobs Douwe Egberts pada 2018.
b. Dakwaan ini dikesan bermula pada tahun 2015 apabila Dato Sri Ismail Sabri mendakwa sepupu Nga Kor Ming iaitu Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebagai pemilik rangkaian restoran itu.
c. Pada waktu itu, Old Town White Coffee yang pada ketika itu masih disenaraikan di Bursa Malaysia memaklumkan bahawa tiada dalam kalangan ahli lembaga pengarahnya adalah ahli aktif mana-mana parti politik.
d. Ismail Sabri kalah dalam saman fitnah berkaitan isu ini pada 2018 dan diarah membayar RM 85,000.
e. Menjawab isu halal, JAKIM mengesahkan Old Town adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 2013.

Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation