• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

CCoE fokus latihan keselamatan siber

Spread the love

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber atau Cybersecurity Center of Excellence (CCoE), di Cyberjaya, Selangor.

Pelancaran CCoE itu membuktikan kesungguhan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti keselamatan siber negara, dengan membina ekosistem keselamatan siber yang mantap melalui jalinan kerjasama kukuh di antara sektor awam dan swasta.

“CCoE akan memberi fokus kepada latihan dalam keselamatan siber dengan menggabungkan kerjasama di antara universiti dan institusi penyelidikan di Malaysia dan Kanada agar budaya inovasi dapat dipupuk.

Selain itu, pusat kecemerlangan ini juga menawarkan pelbagai program latihan dan bengkel untuk profesional dalam bidang keselamatan siber dari pelbagai negara melibatkan bidang seperti analisis ancaman serta protokol pertukaran maklumat.” kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini.

Kata MCMC, pusat kecemerlangan itu akan menawarkan latihan khusus untuk memacu kapasiti dan kesediaan keselamatan siber Malaysia, dengan matlamat menampung kekurangan 12,000 profesional siber negara.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sijil tamat pengajian kohort pertama kepada para profesional dalam bidang keselamatan siber yang dilatih BlackBerry dan Institut SANS iaitu sebuah organisasi terkemuka yang mengendalikan latihan-latihan keselamatan siber.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Antarabangsa, Penggalakan Eksport, Perniagaan Kecil dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mary Ng; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarah Keselamatan Negara, YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, serta Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John J. Giamatteo.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation