• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

JANM santuni fakir jalanan

Spread the love

KUALA LUMPUR – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menganjurkan program Corporate Social Responsibility (CSR) pada 29 Mac 2024 (Jumaat) kepada fakir jalanan di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Program tersebut adalah dengan kerjasama pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan dan juga influencer media sosial terkenal iaitu Abbe Hae.

“Sebanyak 150 bakul makanan dan pakaian telah diagihkan kepada fakir jalanan yang akan diserahkan oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Noorlida Mohd Khalid dan juga 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai JANM untuk membantu meringankan bebanan ekonomi mereka dan memastikan keperluan asas makanan dipenuhi.

Makanan dan pakaian adalah sumbangan dari warga JANM sendiri.” kata JANM.

Tambahnya, tujuan program adalah untuk memberikan bantuan kepada fakir jalanan melalui sumbangan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik atau menghadapi kesukaran kewangan.

Katanya lagi, selain itu, ia juga merupakan usaha untuk memupuk semangat gotong-royong dan kepedulian sosial dalam masyarakat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation