• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

MCMC Siasat Penyebar Kandungan Palsu Mengenai Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran 2024

Spread the love

CYBERJAYA, 6 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa bagi tahun 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata bahawa penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun.

“Semalam, empat (4) daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC.

Semua data yang dimuat naik oleh mereka telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.” kata MCMC.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu (1) tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Justeru, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation