PUTRAJAYA, 12 April 2024 – Jabatan Perkhidmatan memandang serius terhadap penularan video lama telah dimuat naik oleh “MyNewsHub” yang bertajuk “Tanya Pasal Kuarters Je Dah Kena Macam Tu Depan KSN!” baru-baru ini.
Menurut JPA dalam satu kenyataan hari ini, video lama lama berdurasi 1:10 minit adalah bertujuan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan Polis Bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan di dalam suatu majlis dihadiri oleh beliau.
“Video lama tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif telah berlangsung di auditorium yang dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif erhadap kerajaan.” tegas JPA.
Susulan itu, JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai awam di negara ini.
“JPA juga menyeru kepada orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam sebagai barisan hadapan negara, dengan sentiasa mengamalkan “The G.R.E.A.T Civil Service” dan H.E.M.A.T dalam sebarang tindakan yang mencerminkan kerajaan.” kata JPA.
Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun media sosial MyNewsHub tersebut untuk dirakam percakapan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment