MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo esok

Spread the love

CYBERJAYA, 16 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa
Badrul Hisham bin Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim bin Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) telah dipanggil untuk rakaman percakapan esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.” kata MCMC.

Seterusnya MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation