PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2024 pada hari ini. Mesyuarat tersebut berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan. Ia termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation).
Menurut Dr. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak dua (2) kertas pertimbangan dibentang dan dibincangkan dalam mesyuarat JKPS tersebut, iaitu Pelan Industri Sukan dan Kerjasama Strategik Antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), Kementerian Belia Dan Sukan Dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan Dalam Pendidikan Anti-doping.
“Mesyuarat juga bersetuju semua Kementerian yang terlibat perlu menggalas peranan masing-masing dalam menambahbaik program, kemudahan dan peralatan sukan bagi menampung perubahan populasi negara yang dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030. Menurut unjuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 15 peratus daripada penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas pada tahun tersebut.
Kerajaan juga akan memberi penekanan utama kepada pertumbuhan sukan sebagai sebuah industri bernilai tinggi. Berdasarkan Laporan Awal Akaun Satelit Sukan 2022, nilai ditambah kasar industri sukan bertumbuh 12.1% pada tahun 2022 berbanding 1.9% pada tahun sebelumnya dengan jumlah RM19.6 bilion pada tahun 2022 berbanding RM17.5 bilion pada tahun 2021.” kata Dr. Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.
Tambah beliau, KBS kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan yang menggariskan strategi dan inisiatif yang akan memberi manfaat kepada sektor industri sukan seterusnya memberi pulangan semula kepada ekonomi negara.
“Mesyuarat juga bersetuju dengan pelaksanaan kerjasama strategik antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS), Kementerian Belia Dan Sukan Dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Dan Kementerian Kesihatan Dalam Pendidikan Anti-doping. Kerjasama strategik ini akan dilaksanakan kepada pada atlet-atlet di Institusi Pengajian Tinggi, atlet-atlet yang bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dan Para Sukma Sarawak 2024 serta pelaksanaan pendidikan “Kenali Ubat Anda”.
Melalui Mesyuarat JKPS ini merupakan satu platform yang diharap dapat menyelesaikan segala isu berkaitan sukan secara berkesan. Ia juga dapat dapat diperluas dengan melibatkan semua agensi Kerajaan dan NGO ke arah memperkasakan pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.” ujarnya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment