• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) menerbitkan 13 dokumentari biografi terbaharu bertajuk “DIA”. Dokumentari eksklusif ini bersiaran mulai 6 Mei, setiap Isnin, 10.00 malam menerusi saluran Okey dan RTMKlik.   

DIA menelusuri susur galur, perjuangan dan asam garam kehidupan tokoh-tokoh ternama, personaliti viral yang membawa impak positif, ahli sukan dan insan seni kreatif.

Episod pengenalan mengangkat kisah yang dilalui wanita cekal bernama Masyitah Mohd Afandy yang buta selepas kemalangan jalan raya dan perkongsian daya juang beliau meneruskan liku-liku kehidupan sangat wajar dicontohi dan dan diteladani penonton.

Turut mewarnai dan menghiasi DIA termasuklah Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Dato’ Baharuddin Abu Kassim, Dato’ Aripin Said, Zaiton Sameon, dan Datuk Marina Chin.

DIA ialah hasil sentuhan pasukan penerbitan berpengalaman diterajui Nawar Hani Kamaruddin sebagai Penerbit Eksekutif, Hisyamuddin Ahmad sebagai Penerbit Penyelaras, Azry Ahmad Mustafa Hadi sebagai Ketua Pasukan Penerbitan yang juga bertindak sebagai pengarah dan penerbit. Penerbit dan pengarah lain yang turut menyajikan buah tangan masing-masing ialah Rozihan Mohd Raji, Sukur Ishak, Syazwani Suleiman dibantu Khairuddin Mat Zaid.

Jika anda terlepas menyaksikannya setiap Isnin, 10.00 malam, terdapat siaran ulangan pada setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari bermula 11 Mei ini di saluran Okey dan RTMKLIK.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation