Pasukan Debat Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, memenangi juara di Pertandingan Debat Bahasa Cina Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Ke-19. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming telah merasmikan pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang berlangsung di HGH Convention Centre, Sentul pada 4 Mei yang lalu.
Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1988 dan merupakan pertandingan debat Bahasa Cina yang paling bersejarah dan berprestij di Malaysia. Sebagai arena untuk membincangkan isu-isu semasa, pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang bermutu dan modal insan yang holistik bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga mempunyai kemahiran berfikir, menganalisis dan berhujah dengan berhemah.
Pertandingan kali ini telah mendapat penyertaan daripada 23 buah IPTA dan IPTS dengan usul yang pelbagai, mencakupi isu politik, ekonomi, pendidikan dan sosial, di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam 36 persaingan yang senget.
Dari peringkat saringan, Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, menewaskan Universiti UCSI, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Xiamen Malaysia, Universiti Multimedia Melaka, dan akhirnya bertemu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam peringkat akhir untuk merebut kejuaraan.
Dalam pertarungan akhir, kedua-dua pasukan menunjukkan kemahiran pendebatan yang hebat, memukau penonton dan mendapat pujian tinggi daripada para hakim sebagai “peringkat akhir yang paling mengasyikkan dalam beberapa tahun terakhir”.
Akhirnya, Universiti Malaya meraih kemenangan dengan undi 4-3 dan berjaya mengekalkan gelaran juara. Pasukan Universiti Malaya menerima RM10,000, bersama-sama dengan piala individu dan sijil. Sementara itu, Neng Yi Qian dari Universiti Kebangsaan Malaysia diiktiraf sebagai pendebat terbaik untuk peringkat akhir dan seluruh kejohanan.
Berikut adalah nama para pendebat pasukan Universiti Malaya:
Chai Jie Yang (Tahun ke-2, Sarjana Dasar Awam)
Khoo Chin Wei (Tahun ke-4, Sarjana Muda Undang-Undang)
Lew Hon Yang (Tahun ke-3, Sarjana Muda Undang-Undang)
Tang Jun Yau (Tahun ke-3, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik)
Wong Zi En (Tahun ke-3, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan)
Yong Li Yan (Tahun ke-3, Sarjana Muda Undang-Undang)
Para perdebat berasa bangga atas kejayaan yang tercapai dan berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh Universiti, jurulatih, serta rakan-rakan dan keluarga mereka.
Daripada 19 kali pertandingan yang dianjurkan sejak 1988, Universiti Malaya telah berjaya merangkul kejuaraan sebanyak 12 kali dan mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut selama 4 kali bagi tahun 2018, 2021, 2022 dan 2024.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment