• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

AIR ASIA Sekat Kemasukan Khinzir, Patuh Peraturan Terkait Demam Babi Afrika

Spread the love

Oleh JomCheck

Tular di media sosial satu notis daripada syarikat penerbangan AirAsia berkenaan pengharaman membawa masuk daging babi dan hasilnya ke Malaysia.

Ada warganet yang mengertikan sekatan tersebut sebagai bersifat perkauman dan mengaitkannya dengan elemen politik sehingga tercipta istilah ‘Madanistan’ sebagai satu lagi tanda konservatisme agama yang semakin meningkat di Malaysia.

Hasil penelitian semakan oleh rakan JOMCHECK iaitu MalaysiaKini mendapati:

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Larangan itu dibuat bagi membendung penularan wabak Demam Babi Afrika. Peraturan ini turut digunakan di pelbagai negara lain seluruh dunia.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/705413

Beberapa poin penting yang telah dikenalpasti adalah:

a. Sekatan ini dilakukan bagi menjaga keselamatan biologi bagi melindungi jangkitan ke dalam negara yang diambil oleh pelbagai negara.
b. Semua aktiviti membawa masuk makanan termasuk daging tertakluk kepada Warta Kerajaan bertajuk Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
c. Warta ini menetapkan semua aktiviti mengimport pelbagai jenis barangan makanan, termasuk produk daging yang disediakan atau diawet, akan memerlukan permit import dan akan tertakluk kepada pemeriksaan dan kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) atau rakan sejawatannya di Sabah atau Sarawak.
d. Pelanggaran peraturan ini menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Lepas ini kalau anda rasa ragu-ragu dengan maklumat yang dijumpai, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation