Zizan Razak Promo Aplikasi Judi? Itu Adalah Manipulasi Guna AI

Spread the love

Oleh JomCheck

Terdapat iklan di Facebook (Facebook Ads) dalam bentuk video yang memaparkan imej artis terkenal Malaysia, Zizan Razak mempromosi aplikasi judi.

Perkara ini menimbulkan persoalan kerana Zizan adalah artis beragama Islam dan perbuatan judi diharamkan oleh agama.

Rakan JomCheck iaitu Arus Academy membuat semakan terhadap video ini untuk memastikan kesahihannya:

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Video berkenaan mempunyai cukup ciri-ciri video yang telah disunting menggunakan teknologi AI

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=RTvMCeZ33ic

Antara cara untuk mengenalpasti video yang menggunakan teknologi AI adalah:

a. Ketidaksepadanan gerak bibir dengan audio percakapan watak di dalam video yang boleh dilihat tidak sepadan.
b. Warna kulit yang tidak semula jadi dan ada kesan kabur pada bahagian yang cuba diubah.
c. Kesahihan identiti pengiklan boleh diragui kerana mempunyai jumlah pengikut yang sedikit dan interaksi yang rendah.

Secara kesimpulannya, jangan terus menyebarkan sebarang bentuk maklumat selagi tidak dipastikan kesahihannya. Kalau anda jumpa maklumat yang diragui. WhatsApp kami segera di +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation