• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam Siap dilaksanakan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi hari ini.

Justeru, bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 28 Mei 2024 (Selasa).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.” kata Air Selangor.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di bawah :


Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation