Lawatan MCMC ke Kemabong, Sabah

Spread the love

SABAH, 7 Jun 2024 (Bernama) — Susulan daripada masalah gangguan telekomunikasi yang berlaku diseluruh daerah kecil Kemabong, Sabah pada 4 Jun 2024, MCMC telah membuat lawatan ke kawasan yang terkesan pada 6 Jun 2024.
 
Hasil lawatan tersebut mendapati gangguan disebabkan oleh punca kuasa CPS SESB yang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan hampir 40 buah kampung di daerah tersebut terputus hubungan telekomunikasi secara total.
 
MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menghantar Genset dengan kadar segera bagi memulihkan perkhidmatan telekomunikasi dan berkerjasama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat agar CPS SESB dapat dibaiki dengan kadar segera untuk bekalan kuasa ke menara telekomunikasi utama.
 
Perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut berjaya dipulihkan selepas hampir 20 jam.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation