• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Sambutan Hari Raya Aidiladha & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Spread the love

Imej barisan jemaah Haji ibarat kapas putih mengelilingi Kaabah sering dipaparkan di media konvensional dan media sosial seluruh dunia apabila tiba sambutan Hari Raya Aidiladha dan bagi umat Islam, perkataan yang seiring dengan imej ini adalah kekuatan dan perpaduan. Pada tahun ini, dilaporkan bahawa sejumlah 1,833,164 orang umat Islam berada di Tanah Suci Mekah dimana sekitar 88% daripada jumlah ini adalah jemaah yang datang daripada luar Arab Saudi dan selebihnya adalah jemaah Haji tempatan.

Bagi rakyat Malaysia yang sudah biasa hidup aman damai di kalangan masayarakat pelbagai kaum, pergaulan sesama jemaah Haji berbilang bangsa dan negara di Tanah Suci adalah suatu kebiasaan dan sifat toleransi dan adab sopan rakyat Malaysia sememangnya menjadi pujian Kerajaan Arab Saudi dan rakyat tempatan di sana. Baru-baru ini juga tular laporan oleh Indeks Keamanan Dunia 2024 yang menyenaraikan Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai negara paling aman di dunia, peningkatan anak tangga yang memberansangkan daripada tempat ke-12 pada tahun 2023 dan 2022 dan tempat ke-16 pada tahun 2021. Sebagai anak Malaysia, ini adalah satu pencapaian dan kebanggaan kepada negara apabila semangat perpaduan dan toleransi rakyat Malaysia ini turut diiktiraf oleh negara-negara luar dan jelas menggambarkan hasil usaha Kerajaan MADANI di dalam membangunkan negara yang tercinta ini.

Walaupun masih ada sebahagian yang memperlekeh dan seolah-olah mencabar dan memandang sinis semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia ini, jauh di sudut hati semua rakyat Malaysia semangat ini amat kita hargai dan samada secara sedar ataupun tidak, kita sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan dan mengekalkannya.

Baru-baru ini, sahabat penulis turut dijemput untuk mengerjakan ibadah Haji dan seperti kebiasaan adatnya, beliau telah mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya. Walaupun pada asasnya ini adalah majlis yang meraikan ibadah agama Islam, rakan-rakan dan jiran-jiran yang datang meraikan beliau adalah daripada pelbagai bangsa dan agama dan kesemua yang hadir mendoakan agar beliau mendapat ibadah yang sempurna di sana. Malah mereka yang bukan beragama Islam turut faham tentang tempoh ibadah yang lama di sana dan makna simbolik di sebalik majlis kenduri kesyukuran ini. Ada juga penulis terdengar rakan-rakan bukan Islam yang turut mengirim barangan yang hanya lazim dibawa pulang daripada Tanah Suci Mekah seperti makanan dan haruman tanah Arab.

Inilah keindahan semangat dan budaya perpaduan di Malaysia. Walaupun masih ada yang mencemuh dan cuba untuk “cari pasal” dengan amalan-amalan agama dan budaya pelbagai kaum di Malaysia namun harus kita akui bahawa semangat ini adalah organik dan akar semangat perpaduan ini amat utuh di dalam hati dan sanubari setiap rakyat Malaysia.

“Jadikan Perpaduan Suatu Kebiasaan”, jom bersama kita rakyat Malaysia suburkan semangat slogan ini dan semarakkan lagi seiring dengan tema sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2024, MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA!

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation