Program Kembara ReDI 2024 dedahkan peniaga luar bandar konsep perniagaan digital

Spread the love

PUTRAJAYA, 5 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Kembara Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) pada 2 hingga 5 Julai 2024 bermula dari Putrajaya, Pahang (Raub dan Kuala Lipis), Kelantan (Gua Musang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Kuala Besut dan Jerteh).

Ia telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPDN, Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar.

Program selama empat hari itu merupakan program utama kedua ReDI pada tahun ini yang menerapkan konsep advokasi dan onboarding secara berkumpulan dan lebih intensif. Ia turut disertai oleh Maybank, Agro Bank dan Touch n Go selaku rakan strategik KPDN.

“Penganjuran program Kembara ReDI 2024 ini merupakan satu langkah proaktif KPDN dalam usaha memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan kemudahan e-wallet dalam urusan transaksi pembelian dan juga mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society) di seluruh negara khususnya kawasan luar bandar.

KPDN menyahut hasrat kerajaan untuk menggalakkan digitalisasi menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 iaitu untuk mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniaga dan pengguna untuk menjadi masyarakat tanpa tunai. Ini adalah sebahagian daripada usaha KPDN untuk mencapai sebanyak 15,000 peniaga berdaftar e-wallet sehingga tahun 2025 menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) di bawah tema Menjana Semula Ekonomi.” kata KPDN.

Melalui sokongan Bank Negara Malaysia, inisiatif ReDI itu menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan juga pengurusan inventori yang lebih berkesan yang boleh dimanfaatkan oleh para peniaga.

KPDN turut berharap melalui strategi kembara advokasi ini dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 500 peniaga kecil di semua daerah terlibat untuk lebih celik digital dan beralih kepada sistem pembayaran tanpa tunai dalam operasi perniagaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation