Majlis taklimat status pembangunan infrastruktur komunikasi di Genting Highlands oleh MCMC

Spread the love

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) — Satu taklimat berkenaan status pembangunan 5G dan ketersediaan infrastruktur gentian optik telah disampaikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan Edotco Group Sdn Bhd.

Perbincangan serta sesi soal jawab turut diadakan bersama pihak penyedia perkhidmatan bagi merangka pelan penambahbaikan liputan 5G di Genting Highlands, menjadikan kawasan ini lebih bersedia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
 
Dengan matlamat untuk memberi kefahaman yang jelas kepada semua pihak berkepentingan khususnya penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengenai usaha memperluaskan rangkaian infrastruktur dan meningkatkan capaian perkhidmatan jalur lebar di Genting Highlands, MCMC Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Taklimat Status Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di Genting Highlands bertempat di Genting International Convention Centre (GICC).
 
Majlis ini dihadiri Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Eksekutif MCMC, Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC, Naib Presiden Genting Malaysia Berhad Jimmy Wong, serta wakil-wakil dari MCMC Pejabat Negeri Selangor.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation