Minetech peroleh kontrak RM4.05 juta untuk projek bandar perindustrian Banting

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2024 – Minetech Resources Berhad (“Minetech” atau “Syarikat”), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Minetech Construction Sdn Bhd (“MCSB”), telah dianugerahkan Letter of Award ( “LOA”) daripada VED Engineers Sdn Bhd (‘VED Engineers”) untuk melaksanakan pembinaan dan penyiapan jalan dan kerja-kerja perparitan untuk Bandar Perindustrian Banting (Sebahagian daripada Fasa 2D). Kontrak itu bernilai RM4.05 juta dan menggariskan perkembangan Minetech dalam projek kejuruteraan awam dan infrastruktur.

Projek yang beralamat di Lot 79116, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan,  melibatkan pembangunan infrastruktur kritikal yang mana penting untuk pertumbuhan bandar perindustrian. Kontrak itu bermula pada 28 Jun 2024 dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

Encik Abang Abdillah Izzarim, Pengerusi Eksekutif Minetech, menyatakan mengenai projek baharu itu: “Penganugerahan projek ini kepada Minetech menambah sokongan dalam pembangunan infrastruktur. Kontrak Bandar Perindustrian Banting bukan sekadar bukti kepakaran teguh kami dalam kejuruteraan awam, tetapi juga peningkatan strategik kepada kelebihan daya saing kami dalam industri. Kami komited untuk menyampaikan projek ini dengan standard kualiti dan kecekapan tertinggi, memastikan penciptaan nilai yang besar untuk pemegang kepentingan kami dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri.”

Pada pukul 5 petang 12 Julai harga saham Minetech ditutup pada RM0.145, mencerminkan permodalan pasaran RM258.8 juta.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation