• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) – Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna. Tema sambutan untuk tahun 2024 adalah “Food Safety : Prepare for the unexpected”, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara. 
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. Sehubungan itu, melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi. Ini termasuklah pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.  

Salah satu aktiviti yang telah diperkenalkan adalah acara Apron Walk 2024 yang dianjurkan buat kali kedua pada tahun ini selepas edisi penganjuran pertama pada tahun lepas menerima sambutan yang amat menggalakkan. Acara ini telah disertai oleh 2,000 orang peserta dengan pelbagai aktiviti promosi keselamatan makanan telah dijalankan seperti Kuiz Jalanan, pameran keselamatan makanan, Wellness on Wheel (WOW), pertandingan Snap & Win, permainan interaktif keselamatan makanan, senamrobik, gerai jualan makanan dan minuman serta cabutan bertuah. 
 
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), KKM merupakan penganjur utama acara ini dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) sebagai rakan kolaborasi utama dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&) yang turut menyokong aktiviti pada pagi ini. KKM berharap dengan penganjuran aktiviti santai tetapi berinformasi seperti ini akan dapat mempertingkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia dalam mengutamakan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian. 
 
KKM melalui PKKM akan terus menerajui dan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara bersama semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti. Keselamatan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan ‘Perhati dan Pilih serta Lihat Hidu dan Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mencegah keracunan makanan. 
 

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation