Kerajaan pandang serius isu CrowdStrike

Spread the love

PUTRAJAYA 24 Julai 2024 – Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo telah telah membentangkan laporan terkini mengenai isu CrowdStrike yang telah menjejaskan sistem teknologi maklumat seluruh dunia, termasuk negara kita Jumaat yang lalu.

Menurut Gobind, walaupun insiden tersebut berlaku akibat kelemahan kemas kini perisian CrowdStrike dan bukannya serangan siber, pihak Kerajaan tetap memandang serius perkara itu, dan terus komited untuk memantapkan tadbir urus bagi mendepani cabaran-cabaran semasa dan pada masa hadapan dengan lebih baik.

“Saya juga telah mengumumkan beberapa pelan pihak Kerajaan untuk menangani isu buli siber. Antaranya ialah penubuhan jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Kami bakal mengadakan semakan menyeluruh Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani buli siber, dan pindaan-pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober ini.” kata Gobind.

Insiden CrowdStrike telah menyebabkan beberapa organisasi di Malaysia, termasuk lima (5) agensi kerajaan terkesan. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Ia telah mengakibatkan sistem operasi Microsoft terganggu dan pengguna tidak dapat akses kepada sistem komputer mereka.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation