Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Mindanao, Filipina pada jam 12:20 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 12:20 tengah hari, 3 Ogos 2024
Koordinat
: 8.0° Utara 127.0° Timur
Lokasi
: Mindanao, Filipina
Magnitud
: 5.9
Jarak
: 77km Timur dari Bislig,Filipina
Kedalaman
: 62 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment