JustMarkets Melancarkan Ciri Dagangan Dalam Aplikasi

Spread the love

VICTORIA, SEYCHELLES – Media OutReach Newswire – 7 Ogos 2024 – JustMarkets, sebuah broker aset diiktiraf-dunia telah melaksanakan kemaskini besar untuk aplikasi trading-nya pada bulan Jun 2024 yang menjanjikan untuk membantu pedagang yang sering bergerak untuk membuka potensi penuh pasaran. Aplikasi mudah alih, yang tersedia di Google Play dan App Store, kini termasuk fungsi Dagangan Dalam Aplikasi, membolehkan pengguna bukan sahaja untuk mengikuti pergerakan pasaran tetapi juga merebut peluang pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebelum ini, aplikasi JustMarkets hanya boleh digunakan untuk mengurus pesanan. Dengan pengembangan fungsi Dagangan Dalam Aplikasi yang telah dikemas-kini bulan Jun, pengguna kini mempunyai keseluruhan pasaran di hujung jari mereka dan boleh membuat dagangan baru secara langsung dari aplikasi dalam masa nyata, yang bermakna mereka tidak akan terlepas peluang dagangan besar, di mana sahaja mereka berada di dunia.

Perkhidmatan Pelanggan Lanjutan

Kemas kini baru ini merupakan suatu kelebihan yang dialu-alukan kepada aplikasi yang moden dan mesra-pengguna, yang sudah mempunyai syarat dagangan yang kompetitif. Pedagang yang memilih JustMarkets boleh menikmati spread dan yuran minimum yang rendah, lalu meningkatkan kelebihan mereka di pasaran serta memastikan keuntungan dapat dimaksimakan.

JustMarkets membolehkan anda memanfaatkan pergerakan pasaran dengan tawaran pelbagai instrumen untuk dipilih termasuk forex, saham, komoditi, indeks, logam, dan aset maya – semuanya dalam satu platform tunggal. Dengan fungsi Dagangan Dalam Aplikasi (In-App Trading) yang baru, kini lebih mudah berbanding sebelumnya untuk berdagang pelbagai instrumen kewangan ini, yang membolehkan anda mempelbagaikan portfolio dan memanfaatkan pelbagai peluang pasaran.

JustMarkets juga menawarkan sokongan pelanggan 24/7 dalam pelbagai bahasa. Bantuan sepanjang masa ini memastikan sebarang kesulitan atau masalah yang dihadapi semasa menggunakan aplikasi diselesaikan dengan segera, memberikan ketenangan minda kepada pedagang dan membolehkan mereka meluangkan lebih masa untuk berdagang di pasaran.

Seorang Broker Yang Dipercayai

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, JustMarkets telah memperoleh kepercayaan daripada jutaan pelanggan dari lebih 160 negara melalui harga yang kompetitif, menawarkan spread rendah dan tiada komisen. Dedikasi JustMarkets dalam menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan mewujudkan kerjasama jangka panjang dengan pedagang telah membolehkannya meraih lebih daripada 50 anugerah industri.

Ciri-ciri lain yang menyerlahkan sebagai sebuah broker yang dipercayai, JustMarkets juga beroperasi di bawah lesen daripada pelbagai badan pengawal selia, termasuk Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan di Seychelles, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus, Pihak Berkuasa Sektor Kewangan di Afrika Selatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan di Mauritius.

Untuk maklumat lanjut mengenai JustMarkets dan untuk menikmati ciri Dagangan Dalam Aplikasi yang baharu, layari laman webnya atau ikuti di InstagramFacebookXYouTubeTelegram, dan TikTok.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation