Undang-undang CCUS : Kementerian Ekonomi akan dipandu oleh pandangan Jabatan Peguam Negara

Spread the love

Dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara pada 2 Ogos 2024, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum pendirian Kerajaan Sarawak yang dibentangkan oleh YAB Premier Sarawak, berkenaan pembangunan kerangka undang-undang
untuk mengawal selia industri pemerangkapan, penggunaan dan penstoran karbon (CCUS), termasuklah perkara- perkara berhubung perbezaan tafsiran undang-undang mengenai sempadan negeri yang melibatkan pelantar benua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Kerajaan Sarawak juga menyatakan bahawa sebarang urusan, terutamanya aktiviti perniagaan yang dijalankan di Sarawak, mestilah mengambil kira dan menghormati hak dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Sarawak.

“Dalam membangunkan kerangka undang-undang CCUS, Kementerian Ekonomi akan dipandu dan diikat oleh pandangan undang-undang yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara, termasuklah dalam perkara berhubung tafsiran persempadanan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang telah termaktub di bawah Akta Pelantar Benua (1966), Akta Zon Ekonomi Eksklusif (1984) dan Akta Laut Wilayah (2012).

Setakat ini, platform MA63 yang disediakan khusus untuk membincangkan isu-isu berbangkit di antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak telah berjaya menyelesaikan banyak isu.” kata Rafizi.

Sementara perbincangan mengenai perbezaan tafsiran persempadanan ini terus berlaku di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak melalui platform MA63 untuk mencari titik penyelesaian, Kementerian
Ekonomi akan memastikan pembangunan kerangka undang-undang CCUS akan mengambil kira sebarang keputusan yang dipersetujui bersama.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation